Friday 8 July 2011

JIKA BN BERHASRAT TAWAN SEMULA KEDAH


Hasil kajian kami secara rambang, kajian turut serta dan kajian soalidik terhadap 300 responden terbuka di setiap bahagian, di Neg Kedah mulai Jan-Mei 2011, dapatannya secara rumus:

1.  KEPIMPINAN HILANG FOKUS
2.  KEPUAKAN DALAM PARTI
3.  MASALAH DALAMAN PARTI
4.  KERUNTUHAN KERJASAMA SAYAP
5.  KELESUAN BERDEBAT DI DEWAN

Kajian yang dibuat melibatkan 100% pengundi Melayu atas pagar, berumur .tujuannya utk mengelakkan pandangan yang bias. Justeru ahli-ahli UMNO jgn menganggap kami mencampuri urusan rumahtangga UMNO. Lagi pun kami lakukannya secara sukarela, tanpa meminta bantuan sesiapa. Kami tidak mahu terlibat dengan masalah dalaman yang berlarutan di dalam UMNO. Kami lakukan atas kesedaran bahawa UMNO mesti parti dominan dan percaya UMNO masih relevan kepada orang2 melayu khususnya di Kedah. Bahan kajian adalah SULIT.

Soalan yang dikemukakan lebih menjurus kepada kekuatan dan keupayaan mentadbir di antara PR dan BN, siapa menjadi pilihan PR dan BN, kenapa tidak memilih (ulasan pendek), nilai kepimpinan PR dan BN (UMNO), perwatakan dan gaya kepimpinan, merupakan sebahagian 23 soalan dikemukakan.
Banyak perkara yang perlu ditransformasikan. Namun utk artikel ini, aku hanya akan menyentuh soal peranan dan tanggungjawab KB, TKB dan KW yang tinggal di luar Bahagian masing-masing, khususnya yang tinggal di KLumpur dan di bandar2 lain.
Apakah kita bersetuju jika dikatakan fenomena ini akan menjadi penghalang kepada proses trasformasi  seperti yang dilaungkan oleh pemimpin tertinggi, khusus bagi untuk menjana perpaduan dan kekuatan i) penyokong parti dan ii) ahl-ahlii parti di Bahagian-bahagian UMNO di Kedah?

atau kita tidak bersetuju kalau aku katakan bahawa peluang mendekatkan diri secara langsung dengan pemimpin tertinggi pusat, merupakan kebijaksanaan pemimpin tertentu untuk menjadikan dirinya sebagai ‘pemimpin yang ditunjuk’, khususnya untuk PRU13 nanti. (bijak mengaplikasikan teori sosiologi)
Aku tak mahu nak komen berlebihan, tetapi menyerahkan kepada pengundi dan rakyat melayu khususnya di Kedah menilai dan memberikan pandangan sendiri. Mereka lebih layak sebab mereka di, sana  terlebih maklum, cuma secara rumusnya aku bersetuju bahawa punca utama PR berjaya menawan Kedah, bukannya sebab kekuatan PR tapi disebabkan UMNO sebagai tunggak BN di Kedah itu sendiri yang teramat celaru.

Aku pun nak tambah 'hun' sikit bila menyoroti statement 'sungguhka..(Klick)' yang berbunyi: Bila bertanya dengan KB atau geng kaki bodek ni, jawapan yang pasti kita dapat adalah "kami begitu yakin dapat mengambil balik Kedah dan bergerak mendalami hati pengundi. Jawatankuasa sentiasa turun padang mendekati pengundi." Soalannya,...
1.            Di padang mana yang telah mereka turun, hati pengundi mana yang telah diselami, padang bola?, padang golf?, atau Padang di Sumatera Barat?, hati pula hati siapa ye, yang telah diselami?, JK pula JK yang mana satu, sedang kepalanya sering bertapa di KL, masakan ekornya nak bergerak. Inilah yang dipanggil statement syok sendiri pemimpin UMNO dan inilah statement yang diguna pakai dlm PRU 12 sehingga MK(MB) semasa tu menjadi percaya dan sanggup menghabiskan duit untuk Bhg2. yang akhirnya lesap dengan kerusi, dgn dengan orangnya sekali. Utk PRU 13 ini pun nak guna falsampah yang sama???? aku rasa teguran oleh ‘Sungguhka...,’ kena dan tepat, menjelaskan lagi siapa yang syok sendiri.

2.            Kepada ‘Sungguhka..’  di mana ko nak pergi bertanya kepada KB2 atau TKB, atau KW ni???. Ko lihat sikit fakta di bawah nieh!!, ianya ada kaitan dengan penghuraian episod pertama artikel aku ini, iaitulah mengenai Pang5-pang5 perang yang tidak duduk di bahagian, yang menjadi sebahagian daripada masalah dalaman parti dan amat perlu diperbetulkan.
i)         Kbg Pasu: KB tinggal menetap di KL, ada urusan resmi baru dpt jengah kawasan, kena curi-curi lak tu. SUP dia yang sepatutnya turun padang, siap dengan pejabat hawa dingin lagi di kementrian, KJ dulu pun buat benda yang sama
TKB: Gudang beras besarnya di Lembah Klang, nak tengok beras ke nak tengok kawasan?, periuk nasi utama perlu dijaga beb

ii)         Jerlun: KB nya tak tahu pula kita ke mana menghilangnya. Sifat semulajadi dia sejak sebelum  disingkirkan sebagai YB. Kalau tidak silap khabarnya banyak berada di Melaka dengan Merz MBAnya (Mercedez Bekas Adun), menjaga projek la tuu

TKB: Penyakit lama dah mai balik dah, dulu semasa jadi exco, jaga bola lagi penting dari kaw sampai air hitam terbang. Kali ini jadi SU PUNK, round dgn tok bashah, Bahagian?????? Ust Gani dan Ust Azizan mudah buat congak, macam congak budak darjah 5 iaitu 1 + 1 = 2 atau kedua-dua kita sapu
KW: Siapa tak kenal, Iron Lady kita nie, sejak dulu cukup sibuk dgn urusan jaga duit orang di KL, Mesyuarat bahagian pun tak boleh balik, apalagi nak jaga bahagian. Kebetulan juga KW Jerlun ni, KW Negeri, tapi kalau dah msyrt bahagian pun tak dapat bersama apalagi yang nak dibuat untuk negeri
iii)       Langkawi: Nak jumpa KB?, bila2 pun boleh, tapi kat Alor staq, bukan di Pulau, Bisnes katakannnn...lagi pun rumah tempat tinggal di Aloq Staq
Mujur juga Wan Salleh PKR pun 2x5, ikut nasib la pengundi Pulau,
Berbahgialah Ust Zubir, YDP PAS Lk   
iv)       Kuala Kedah: Pun KB di KL, jgn tersilap tanya yo!! nanti dijawab, aku org kuat PM laaa, kalaulah dia menjawab begitu, betul lah tu, Cuma yang menjadi masalahnya dia tak percaya pula dgn TKB serta KWnya. Dah mcmtu apa TKB dan KW nak buat, telan mati emak luah mati bapa... last2 NKB sudah jadi lipas kudung
v)        Pokok Sena: Dubai-KL-Melaka-KL-Timur Tengah-KL, lama lama sekali timbul di Aloq Staq, itulah KBnya, Tauke bunga ooo. Bagus, semuga Berjaya di dalam perniagaan. Tetapi doa Mahfuz pakar ekonomi rumahtangga PAS lagi menjadi. “Pokok Sena aku punya”
vi)        Padang Terap: KB di bahagian tetapi juga di kawasan. TKB yang sepatutnya membantu (kerana tidak ada kawasan), juga berada di KL, mana masa nak dapat membantu. KB kena beri perhatian lebih sikit kepada kawasan la, itu periuk nasi. TKB kalau blk pun, mesti ke bilik bendari PUNK, bendahari negeri you...
vii)       Jerai: KBnya dah lama dah menetap di KL ni, anak2 pun sekolah di sini dah, ditambah pula dengan YB juga di Shah Alam. Patutlah YB Firdaus dan YAB Ust Azizan selalu buat kenduri pulut kunyit
viii)      Baling: KB memang orang KL pun dan KW pun orang KL pun. Putera sana, Putera sini, KW pula ceramah dakwah satu Malaya
ix)        Merbok: KB ada penyakit tenggelam timbul, sekejap di KL sekejap di Bahagian. Pan Pac dah jadi rumah sendiri, tempat menyampai amanat kerja kepada JK bhg.
3.            Untuk Ketua-Ketua Bahagian Pendang, Sik, Padang Serai, Kulim BB, Sg Petani dan Alor Setar, sememangnya berada di dalam kawasan, namun ada kerenah dalaman yang lain. kita akan bertemu di dalam ‘dapatan’ lain yang lebih khusus, kerana fokus kali ini lebih menjurus kepada fenomena KB, TKB, KW yang berada diluar bahagian dan di dalam masa yang sama mendakwa mahu membawa perubahan kepada bahagian.
4.            Cabaran yang MESTI dilalui sekarang ialah bagaimana untuk berdepan dan untuk mengatasi kehebatan gerak kerja PR di Kedah, khususnya PAS yang rata rata pemimpin mereka adalah bertaraf professional yang sentiasa berada di ‘padang’ sedangkan pemimpin pemimpin UMNO seperti di atas masih dengan panji-panjinya di Kuala Lumpur atau di Bandar lain
5.            Sekali lagi aku nak sebut perkataan yang sememangnya telah difahami, iaitu lah, POLITIK ADALAH SAINS, SAINS ADALAH ANGKA, SAINS MEMERLUKAN UJIKAJI BERTERUSAN, SAINS MEMERLUKAN PROSES PERCUBAAN DAN BERBAGAI LAGI, dan itu yang sedang dilakukan oleh pihak PR di Kedah. Kalau sudah sebahagian besar KB, TKB, KW di Kedah tidak bersama di Bahagian, malah bersenang lenang di luar, nak harap kepada siapa untuk lakukan anjakan dalam parti dan kepada parti?.
6.            Wajar diingat bahawa, di dalam 9 Bahagian yang disebutkan, untuk BN menawan semula Negeri Kedah, BN perlu lakukan anjakan drastik dan KB, TKB dan KW WAJID bertindak sebagai KEPALA DAN BUKAN SEBAGAI PENGARAH yang memberikan directive dari luar. Bukan perkara mudah untuk menawan semula 6 daripada 9 Kerusi Parlimen tersebut dan 11 daripada 21 Kerusi DUN di 9 Kawasan Parlimen tersebut. MESTI KEMBALIKAN FOKUS PERJUANGAN

7.            Semua pihak termasuk pemimpin tertinggi di Pusat, perlu melihat fenomena ini secara serius, beri peluang kepada KB, TKB dan KW untuk kembali secara sepenuhmasa mengepalai gerak kerja di bahagian berkenaan, atau gantikan pemimpin lain yang yang lebih berwibawa sebagai penyelaras. Persaoalan utama ialah untuk kepentingan Parti dan bukan kepentingan individu. Wang Peruntukan RM500K kepada Bahagian bukannya besar berbanding kehilangan peluang berkuasa kepada orang lain, renung-renungkanlah.    
8.            InsyaAllah, dalam siri akan datang  aku akan hurai bagaimana PR mengklasifikasikan politik Negeri Kedah sebagai politik 2 acuan, iaitu acuan utara dan acuan selatan. Sudakah Dato Bashah melihat itu semua, dan sudahkan KB2, TKB, KW dan KP3 melihat itu semua. Kenyataan terbaru Anwar bahawa PR hanya perlukan anjakan 5% saja lagi, untuk capai matlamat ke Putera Jaya jangan dilahat sebagai mainan politik. Mereka berlari Umno masih berjalan
9.            Aku teringat kata-kata Tun M ketika Dato Sabri hendak berdebat dengan DSAI secara terbuka di TV dulu, katanya,” di Malaysia pada ketika ini, belum ada pemimpin yang mampu menandingi Anwar’. Itu hanyalah bahasa kiasan untuk menyatakan bahawa Anwar berupaya mendiklamasikan pelbagai rentak yang mampu menghimpunkan sokongan ramai.
10.          Aku tinggalkan persoalan ini kepada semua....
   

No comments:

Post a Comment