Wednesday 18 January 2012

Wakil Rakyat PAS Menyaman Pengundi Sendiri RM10j

"Sedih dan pilu". Itu sajalah ungkapan yang dapat aku rungkaikan kepada 2 orang penyokong tegar PAS dan pengundi kepada YB berkenaan, apabila mereka menyerahkan notis saman yang baru diterima daripada peguam lantikan Yb muda di Kedah.
Kedua-dua mereka didakwa telah 'menghina' dan membuat 'tohmahan' terhadap YB berkenaan kerana telah membongkarkan penderitaan penduduk beberapa kampung terlibat, berhubung jalan kampung yang sangat tidak terurus, melalui program Titik Sentuhan' terbitan RTM pada jam 9 malam 18 Disember 2011.
Encik Hanafiah dan Encik Zakri, hanya 'pekerja kampung' dan termasuk di dalam kumpulan 'orang miskin' yang tidak berpendidikan telah diberi notis seminggu supaya memohon maaf secara bertulis kepada Yb berkenaan dan secara terbuka melalui RTM.
Selanjutnya Yb berkenaan telah meminta mereka yang terlibat supaya membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM 10 juta
Mereka telah menyatakan sesuatu yang benar daripada pemerhatian mereka sebagai rakyat yang memilih YB berkenaan, kerana mereka adalah di antara penduduk yang sering menggunakan laluan yang dimaksudkan.

Persoalannya:

1. Apakah motif sebenar YB muda PAS ini mahu menyaman rakyat sendiri yang dikira antara yang daif di kawasannya.
2. Wajarkah Yb PAS ini, yang telah dipilih oleh rakyat untuk memikul amanah membantu mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat mengambil tindakan menyaman rakyat dan penyokong sendiri, hanya kerana ditegur oleh rakyat.
3. Kenapa begitu mudah sekali pemimpin PAS di Negeri Kedah ini mahu mendapatkan laba dan keuntungan sehingga terlupa kepada peranan, tugas dan tanggungjawab sebenar
4. Apakah Yb muda PAS ini fikir, apabila sudah menjadi kerajaan maka rakyat tidak berhak menegur dan apabila ditegur, ianya sudah menjadi fitnah dan tohmah

5. RM 10 juta yang dituntut adalah satu jumlah yang sangat besar kepada rakyat di kampong WALAU PUN SANGAT KECIL KEPADA YB2 PAS SEKARANG