Thursday 2 February 2012

AZIZAN DALAM DOSA

Buku Bertajuk \
Azizah dalam dosa. Baca lanjut di Kedah Senget.
Azizan memang terbukti seorang Menteri Besar yang gagal. Oleh kerana tidak cukup hasil, Azizan telah menekan UUM untuk membayar cukai tanah. Tindakan kerajaan negeri PAS Kedah tidak menyambung rebat cukai tanah kepada Universiti Utara Malaysia, UUM membuktikan negeri itu kini menghadapi masalah kewangan dan tiada cara lain untuk menjana hasil. Akhirnya terpaksa mengambil duit pelajar untuk menampung kelemahan Azizan mentadbir kerajaan negeri.
"Nampaknya mungkin kerajaan negeri kedah tak ada banyak sumber, tak ada lain cara, nak kadar jauh lebih tinggi dari yang dikurniakan kerajaan BN. Itu harus jadi satu ikhtibar pada sesiapa saja, apa yang dibuat kerajaan barisan dan apa yang tak mampu dibuat oleh pihak kerajaan pembangkang." kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, kerajaan negeri sepatutnya membantu sektor pendidikan kerana UUM dibina kerajaan pusat demi kepentingan rakyat. Sebelum ini, Azizan Abdul Razak berkata, rayuan UUM untuk menyambung rebat cukai tanah ditolak Pejabat Tanah dan Galian Kedah.

Berikutan itu, UUM kini perlu membayar RM1. 74 juta ringgit setahun, berbanding RM100 ribu sebelum ini. Jika gagal dijelaskan sebelum 1 Jun depan, insititusi pengajian tinggi itu akan didenda hampir RM100 ribu . Azizan naikkan tarif air untuk langsaikan hutang yang bertimbun dengan kerajaan BN pusat (baca sini). Naikkan kadar cukai tanah juga untuk langsaikan hutang dengan UUM. Apakah Azizan sedar siapa Canselor kepada UUM? Tindakan Azizan itu sebenarnya telah membelangkai institusi raja di Kedah. Azizan dalam dosa, berdosa kepada pelajar, berdosa kepada rakyat, berdosa kepada Canselor UUM.

No comments:

Post a Comment