Sunday 17 July 2011

Premis Hiburan di Kedah: 85% Melayu Kedah VS 300 pemilik premis hiburan

Tegas dinyatakan, Ustaz Azizan Razak, semua kepimpinan PAS dan PAS Negeri Kedah adalah dalang kepada hilangnya maruah lebih 85% penduduk Kedah iaitulah maruah orang-orang melayu yang merupakan majoriti kependudukan negeri, kepada tidak lebih 15% sahabat keturunan lain. Begitu juga apabila kehormatan Islam Kedah di Bulan Ramadhan diperlekehkan oleh hanya 300 pemilik premis pusat hiburan, maka orang yang bertanggungjawab juga adalah Ustaz Azizian dan kepimpinan PAS Negeri Kedah.  
Rakyat Negeri Kedah sewajarnya sudah boleh menilai tentang halatuju kerajaan negeri kepimpinan PAS, yang sudah hilang arah hanya kerana tulunjuk halus PKR dan DAP. Kepimpinan PAS Negeri Kedah telah hilang kredibiliti, hanya kerana ketamakkan kuasa. Wujudnya kumpulan muda yang berkiblatkan Syiah dan kumpulan erdogan, menambahkan lagi porak peranda pentadbiran negeri. Kumpulan 'Syiah' dan 'erdogan' (disebut juga kumpulan zaman mellenium) yang menerima 'wahyu' Kit Siang dan Anwar sedang menjadikan Kedah sebagai 'kambing hitam'.
Diperingkat inilah 'kekuatan daya pimpin' Ust Azizan diuji. Malangnya Ust Azizan telah tewas; bukannya tewas kepada satu suara DAP di Kedah, tetapi tewas kepada tangan-tangan halus PKR dan DAP di pusat, sehinggakan titah KDYMM Tuanku Sultan Kedah sendiri supaya pusat hiburan pada bulan Ramadhanditutup (merujuk kenyataan akhbar Ust Azizan sendiri 17 Julai 2011), sanggup diderhakai. Ke mana hilangnya suara riak Ust Azizan yang sering kita dengar "INI NEGERI KEDAH, SAYA MB KEDAH, ORANG LAIN TIADA HAK MENUNJUK AJAR PENTADBIRAN NEGERI KEDAH".
Kedua-dua KEPUTUSAN luar biasa kerajaan PAS Kedah telah meninggalkan kesan mendalam di mana:
i) Merobohkan Pusat Sembelihan Babi di Alor Setar telah mendorong DAP Kedah 'keluar' PR selama seminggu, tetapi telah menarik balik keputusan keluar PR setalah Kerajaan PAS Kedah berjanji menggantikan tapak baru yang lebih luas di Sg Toh Pawang Bedong, yang bukan sahaja sesuai untuk tapak pemperosesan malah sesuai untuk dijadikan tapak pemeliharaan babi. Kejayaan kaum minoriti ini adalah 'umpan' untuk mereka 'mengaut' ikan yang lebih besar.
2) Kini secara sangat mudah, mereka berjaya mengajar Ust Azizan 'MENJUAL' harga dirinya mebatalkan arahan penutupan sementara di bulan ramadhan premis hiburan. Mengenepikan Enakmen Pusat Hiburan 1997. Syarat membenarkan pusat hiburan beroperasi, hanyalah sebagai wadah untuk membutakan mata rakyat Negeri Kedah

Sejarah Negeri Kedah sudah pasti akan mencatatkan:
1) Kerjaan PAS Kedah bertanggungjawab menjadikan hilang maruah dan merudumnya harga diri lebih 85% orang-orang Melayu dan Islam Kedah hanya kerana ketamakkan kuasa
2) Kerajaan PAS Kedah adalah kerajaan yang sanggup menderhakai titah KDYMM Tuanku Sultan, tentang enakmen pusat hiburan 1997, hanya keran takutkan tangan-tangan halus PKR dan DAP
3) Kerajaan PAS Kedah adalah kerajaan yang bersekongkol dengan PKR dan DAP menghapuskan kekuasaan Melayu dan Islam di Kedah

InsyaAllah, sama-samalah tunggu dan lihat...............

No comments:

Post a Comment